awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

47.9 peratus responden Indonesia percaya mereka kebal COVID-19 - Kajian

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2020
11:06 MYT
47.9 peratus responden Indonesia percaya mereka kebal COVID-19 - Kajian
Sejumlah 47.9 peratus responden rakyat Indonesia percaya bahawa mereka memiliki kekebalan dalam mendepani wabak COVID-19. - Foto Lembaga Survei KedaiKOPI
Sejumlah 47.9 peratus responden rakyat Indonesia percaya bahawa mereka memiliki kekebalan dalam mendepani wabak COVID-19.
Ini merupakan dapatan berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Lembaga Survei KedaiKOPI terhadap 483 responden pada awal Mac lalu.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutifnya, Dr Kunto Adi Wibowo berkata, secara majoriti, para responden menganggap COVID-19 sebagai ancaman yang serius bagi Indonesia.
“Mungkin kerana sejak awal, dari Januari hingga Februari, kerajaan masih bertindak sederhana berkenaan koronavirus.
"Malah, beberapa menteri mengatakan bahawa Indonesia kebal. Malah, seminggu lalu, ada beberapa menteri yang mengatakan cuaca panas di Indonesia tidak sesuai untuk virus COVID-19 menular.
“Ini tidak tepat (mislead) kepada orang ramai, hingga menjadikan rakyat hanya sambil lewa terhadap amalan kesihatan yang harus dilakukan,” katanya ketika ditemu bual dalam Agenda AWANI.
Sejumlah 47.9 peratus responden rakyat Indonesia percaya bahawa mereka memiliki kekebalan dalam mendepani wabak COVID-19.
Sejumlah 47.9 peratus responden rakyat Indonesia percaya bahawa mereka memiliki kekebalan dalam mendepani wabak COVID-19.
Kajian itu turut mendapati dua per tiga responden memiliki kepercayaan yang tinggi terhadap pemerintah dalam menangani COVID-19.
Namun, majoriti iaitu 50.3 peratus kurang percaya dengan layanan dan fasiliti kesihatan di daerahnya jika COVID-19 menular.
“Sebenarnya, kalau doktor-doktor di hospital atau klinik yang sempat saya hubungi, mereka juga kebingungan kerana tidak ada arahan yang jelas dan tegas dari pemerintah pusat terutama dari Kementerian Kesihatan.
“Itu cukup membuat situasi di lapangan agak mengkhuatirkan. Bagi saya asas kepada ini adalah data, kita perlu mendiagnosis secara tepat bilakah puncaknya. Kalau ujian dibuat secara massa, pemimpin pusat perlu terbuka terhadap hasil ujian tersebut,” katanya.
Majoriti iaitu 50.3 peratus kurang percaya dengan layanan dan fasiliti kesihatan di daerahnya jika COVID-19 menular.
Majoriti iaitu 50.3 peratus kurang percaya dengan layanan dan fasiliti kesihatan di daerahnya jika COVID-19 menular.
Responden dalam masa sama menganggap penyaluran informasi daripada pemerintah dan media massa adalah cukup tinggi.
Melihat kepada amalan pencegahan, 86.6 peratus responden percaya bahawa mencuci tangan dengan sabun boleh mencegah jangkitan COVID-19.
Namun, majoriti responden tidak menggunakan topeng mulut dan hidung setelah mereka mengetahui informasi berkenaan COVID-19.
Penggunaan cecair nyahkuman oleh responden lebih tinggi daripada penggunaan topeng mulut dan hidung, sebagai bentuk pencegahan COVID-19.
(Ikuti temubual Dr Kunto Adi Wibowo bersama Nazri Kahar dalam Agenda AWANI pada Khamis, 9 April pukul 9 malam di saluran 501 Astro AWANI)
Secara majoriti para responden menganggap COVID-19 sebagai ancaman yang serius bagi Indonesia.
Secara majoriti para responden menganggap COVID-19 sebagai ancaman yang serius bagi Indonesia.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#cuaca panas
#Indonesia
#Kajian COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan