Suspek tembakan rambang di Odessa, Texas, Amerika Syarikat berjaya ditembak mati sekitar jam 5.30 petang waktu tempatan.

Suspek berjaya dikepung Polis Midland sebelum ditembak di kawasan letak kereta berdekatan pawagam Cinergy yang terletak di pusat beli-belah Home Depot, di sini.

BACA: 1 maut, sekurang-kurangnya 10 cedera dalam tembakan rambang di Texas

Polis mengesahkan jumlah kematian keseluruhan adalah lima termasuk suspek, manakala sekurang-kurangnya 21 yang lain cedera.

“Suspek ditembak di Odessa. Setakat ini tiada lagi penembak aktif,” lapor Polis Midland di akaun Facebook mereka.



Terdahulu, Polis Odessa percaya terdapat dua suspek dalam dua kenderaan berasingan yang memandu di bandar berkenaan melakukan tembakan rambang.


Datuk Bandar Midland, Jerry Morales bercakap kepada CNN bahawa seorang suspek telah ditembak di parkir sebuah panggung wayang.

“Kami berharap hanya ada seorang penembak dan sudah pun berjaya ditumpaskan.

Tambah Morales, beliau tidak pasti tujuan dan motif suspek berbuat demikian.