Berita  | Dunia

56 wartawan terbunuh pada 2019, kebanyakannya di luar zon konflik - PBB

56 wartawan terbunuh pada 2019, kebanyakannya di luar zon konflik - PBB
Statistik yang dikeluarkan Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) menunjukan Filipina mencatatkan kes pembunuhan wartawan paling tinggi pada tahun lalu.- Gambar hiasan
MENJADI seorang wartawan bukanlah satu tugas yang mudah. 

Pelbagai halangan, cabaran dan kesukaran yang harus dilalui mereka yang memegang profesion ini termasuk terdedah dengan pelbagai ancaman.

Menurut jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada tahun 2019, seramai 56 wartawan telah dilaporkan terbunuh dengan kebanyakannya di luar zon konflik.

Bagaimanapun, jumlah tersebut menurun berbanding 2018 yang mencatatkan 99 orang wartawan yang terbunuh.

Menurut Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (Unesco), rekod yang dicatatkan daripada 2010 sehingga 2019, mencatatkan 894 wartawan telah dibunuh sepanjang 10 tahun itu.


.


Sementara itu, statistik yang dikeluarkan Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) menunjukan Filipina mencatatkan kes pembunuhan wartawan yang paling tinggi pada tahun lalu iaitu sebanyak 40 kes.

Statistik yang dikeluarkan The Asean Post itu turut memaparkan beberapa negara lain yang mencatatkan situasi sama antaranya Mexico sebanyak 30 kes, Somalia (25); Syria dan Iraq (22) serta India (17).

Menurut Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, peningkatan jumlah serangan terhadap wartawan dan pengamal media melibatkan ancaman seperti pendakwaan, penangkapan dan dipenjarakan.

Kata beliau, para wartawan turut dinafikan daripada melakukan laporan siasatan dan pendakwaan bagi menentang aktiviti jenayah.

"Apabila wartawan tidak mampu menjalankan tugasnya dengan selamat, kita berdepan dengan dunia yang penuh kekeliruan dan tanpa maklumat," katanya.



Tag: Wartawan, Unesco, PBB, Terbunuh, wartawan terbunuh, ancaman



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.