Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh manakala lebih 30 lagi yang cedera apabila sebuah bas dirempuh sebuah kereta api kargo di sempadan utara Sonora pada awal pagi.

Pengendali kereta api terbesar di Mexico, Ferromex menerusi satu kenyataan berkata bas tersebut cuba memintas kereta api sekali gus mengakibatkan kemalangan tersebut.

Kebanyakan penumpang dalam bas tersebut merupakan pekerja pertanian dalam perjalanan ke tempat kerja.

Pada Januari 2018, lima orang terbunuh apabila kereta api unit Mexico milik Kansas City Southern tergelincir daripada landasan di bandar di Mexico.