Sekurang-kurangnya lapan orang maut dalam satu kemalangan melibatkan 21 buah kenderaan pelbagai jenis di Plaza Tol Purbaleunyi, Bandung, Jawa Barat, Indonesia pada Isnin.

Dalam kecelakaan jalan raya sekitar pukul 1 tengah hari itu, sembilan mangsa lain yang mengalami kecederaan.

Berdasarkan laporan portal-portal berita Indonesia, terdapat sejumlah kenderaan juga terbakar dalam kemalangan yang masih belum dikenal pasti puncanya.

Ketika ini, pasukan keselamatan masih melakukan siasatan selain mengawal kesesakan trafik yang luar biasa ekoran kemalangan yang mencatat sejarah melibatkan kenderaan paling banyak.