Jumlah orang yang dikesan dijangkiti Zika di Thailand pada tahun ini didapati meningkat dengan sebanyak 97 orang didiagnos dengan penyakit itu bagi tempoh separuh pertama tahun ini.
Bagi tempoh antara 2012 dan 2015, purata lima orang dijangkiti penyakit itu setiap tahun.
Ketua Jabatan Kawalan Penyakit Dr Amnuay Gajeena bagaimanapun berkata tidak perlu terlalu bimbang dengan ancaman Zika di Thailand, disebalik jangkitan baharu dikesan di Chiangmai, Chanthaburi, Phetchabun dan Bung Kan pada minggu lepas.
"Kami telah melaksanakan langkah-langkah ketat untuk mengawal penularan virus," katanya kepada media tempatan, sebagai respons kepada laporan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) baru-baru ini mengenai situasi penyakit Zika di Thailand.
Pusat itu dalam laporannya meletakkan Thailand sebagai negara "amaran merah" dengan peningkatan atau penularan jangkitan virus Zika.
Dr Amnuay berkata negara itu tidak menyaksikan penyebaran penyakit Zika bagi tempoh berpanjangan di mana-mana kawasan yang terjejas dan jumlah pesakit dijangkiti virus itu juga tidak terlalu banyak.
Katanya, pemantauan dan sistem diagnostik lebih baik telah membawa kepada peningkatan kes Zika dikesan di Thailand.
"Kini kami dapat mengenal pasti virus Zika di makmal-makmal tempatan. Kami tidak perlu lagi menghantar sampel ke makmal di luar negara untuk mendapatkan keputusannya. Sebaik sahaja kes Zika dikesan, kami menubuhkan pusat operasi kecemasan untuk mengawal penyebarannya baik di peringkat provinsi mahupun di peringkat daerah," katanya.
Penyakit Zika, menurutnya, menyebabkan demam, ruam, konjunktivitis, sakit otot dan sendi dan pening, dengan bukti baru-baru ini mengaitkan virus itu dengan sindrom 'microcephaly' dan 'Guillain-Barre'.
Katanya wanita mengandung perlu mendapatkan penjagaan prabersalin sekiranya disyaki menghidap mana-mana simptom itu serta perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.
Para doktor telah memantau 20 wanita mengandung di kawasan penyakit Zika dilaporkan berlaku, dengan enam daripadanya telah melahirkan bayi yang sihat, katanya.
Bernama
Wed Aug 31 2016
ECDC dalam laporannya meletakkan Thailand sebagai negara "amaran merah" dengan peningkatan atau penularan jangkitan virus Zika. - Foto AFP
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
97 penduduk Thailand dijangkiti Zika antara Januari-Jun
Bagi tempoh antara 2012 dan 2015, purata lima orang dijangkiti penyakit itu setiap tahun.