Gempa bumi berkekuatan 6.4 magnitud menggegarkan wilayah Aceh di utara Sumatera, Indonesia awal pagi Rabu namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa yang berpusat di 10 kilometer utara Reuleuet itu berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Sebelum ini, Aceh mengalami kemusnahan teruk apabila dibadai tsunai Lautan Hindi pada tahun 2004.

KEMAS KINI: Gempa bumi Aceh: Lebih 20 terkorban, ramai lagi cedera

LAPOR LANGSUNG: Angka korban meningkat, gempa bumi kuat melanda Aceh

Pada Jun lalu, gempa berukuramn 6.5 magnitud berlaku di barat Sumatera sekali gus menyebabkan kerosakan bangunan dan mencederakan lapan orang.

Indonesia mengalami aktiviti seismik dan volkanik yang kerap kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, iaitu tempat pertembungan plat tektonik.