AGENSI pelancongan Jerman, Tui Group terpaksa mengurangkan 8,000 pekerjanya di seluruh dunia susulan impak COVID-19.

Ia digambarkan sebagai krisis terbesar yang dihadapi oleh industri pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fritz Joussen memaklumkan, pihaknya mensasarkan untuk mengurangkan kos operasi sebanyak 30 peratus untuk seluruh kumpulan.

Ketika dunia dilanda pandemik COVID-19, sekatan perjalanan serta pembatalan cuti membuatkan kumpulan mengalami banyak kerugian.

Pada rabu, Tui mencatat kerugian 845.8 juta Euro pada separuh pertama tahun 2020.

Malah syarikat penerbangan juga memberi amaran perjalanan antarabangsa mungkin tidak akan kembali ke tahap pra-pandemik selama tiga tahun lagi.

Setakat ini, Jerman sudah mencatatkan lebih 173,000 kes positif COVID-19 dengan 7,755 kes kematian.