awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Iran tawar ganjaran RM12 juta untuk bunuh Trump

Sinar Harian
Sinar Harian
22/01/2020
01:34 MYT
Ahli Parlimen Iran tawar ganjaran RM12 juta untuk bunuh Trump
Seorang ahli Parlimen Iran menawarkan ganjaran AS$3 juta (RM12 juta) kepada sesiapa yang membunuh Donald Trump. -Gambar fail
Seorang ahli Parlimen Iran menawarkan ganjaran AS$3 juta (RM12 juta) kepada sesiapa yang membunuh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
"Bagi pihak penduduk wilayah Kerman, kami akan membayar sebanyak itu jika anda berjaya berbuat demikian," lapor agensi berita ISNA semalam memetik kenyataan, Ahmad Hamzeh ketika beliau memaklumkan tentang perkara itu di hadapan 290 ahli Majlis.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sama ada ganjaran tersebut ada mendapat sokongan daripada pemimpin tertinggi atau tidak.
"Jika kita mempunyai senjata nuklear, kita akan dilindungi daripada sebarang ancaman. Kita perlu meletakkan penghasilan misil jarak jauh dengan keupayaan membawa kepala peledak tidak konvensional dalam agenda negara ini. Ini adalah hak kita," katanya lagi.
Difahamkan, bandar Kerman di wilayah selatan ibu negara adalah bandar kelahiran komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral Qasem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron di Baghdad yang dilancarkan di bawah arahan Trump pada 3 Januari lalu.
Ketegangan terus meningkat di Asia Barat selepas insiden tersebut yang membawa kepada serangan balas dendam menyasarkan pangkalan tentera menempatkan pasukan AS di Iraq pada 8 Januari lalu. - Agensi
Topic Berkaitan
#Ahmad Hamzeh
#Donald Trump
#Presiden Amerika Syarikat
#Qasem Soleimani
#RM12 juta
#senjata nuklear
#tawar ganjaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan