Ahli parti Republikan pada Sabtu telah menolak laporan penilaian oleh seorang Agen Perisik Pusat (CIA) yang mempunyai maklumat bahawa Rusia membantu Donald Trump sewaktu pilihanraya presiden Amerika Syarikat (AS) dan seorang ketua Senator Demokratik telah dipanggil untuk siasatan.

“Perisik itu salah,” Jelas jurucakap Jawatankuasa Republikan Kebangsaan, Sean Spicer kepada CNN. “Ianya tidak pernah berlaku”

Beliau merujuk kepada laporan New York times yang mengatakan agensi risikan AS mempunyai “keyakinan yang tinggi” dan penggodam Rusia telah menggodam masuk ke dalam sistem komputer Jawatankuasa Republikan Kebangsaan dan organisasi parti Demokratik namun hanya mengeluarkan maklumat yang dicuri daripada parti Demokratik.

Berita mengenai laporan CIA ini yang dilaporkan oleh The Washington Post pada Jumaat telah menarik kritikan hebat daripada pihak bakal presiden tersebut.

“Ini adalah orang yang sama mengatakan bahawa Saddam Hussein mempunyai senjata pemusnah secara besar-besaran,” jelas pasukan Trump dalam memberikan kritikan terhadap agensi risikan tersebut.

“Trump mengatakan bahawa pilihanraya sudah berakhir dan sekarang merupakan masa untuk melangkah kedepan dan “Make America Great Again.”

Walau bagaimanapun, Senator Chuck Schumer telah meminta kongres membuat siasatan secara lanjut terhadap isu ini.

“Menjadi kemestian supaya ahli perisikan tidak mengambil pusing sebarang maklumat supaya kongres dapat melaksanakan siasatan penuh.”

Bantu Trump supaya menang’

Laporan mengenai campur tangan Rusia dalam undian Rumah Putih berikutan arahan Presiden Barack Obama untuk mengkaji semula kesemua serangan siber sewaktu pilihanraya 2016 berlangsung.

Menurut The Post, individu yang mempunyai hubungan dengan Moscow dan sebuah laman web anti-rahsia, WikiLeaks dengan email-email yang digodam dari Jawatankuasa Demokratik Kebangsaan, ketua kempen calon parti Demokratik Hillary Clinton dan lain lain.

WikiLeaks telah mengeluarkan maklumat iaitu email-email tersebut dalam jangkamasa beberapa bulan sebelum pilihanraya dan merosakkan kempen Rumah Putih Clinton.

“Penilaian dari agensi perisikan tersebut mengatakan bahawa matlamat Rusia adalah untuk menaikkan satu calon lebih dari yang lain, membantu Trump untuk menang,” jelas sebuah pihak berkuasa AS sewaktu pembentangan kepada senator utama dalam sebuah akhbar. “Itulah pandangan yang dipersetujui.”

Agen CIA memberitahu bahawa ianya sangat jelas bahawa pelantikan Trump adalah matlamat Rusia, menurut pihak yang bercakap kepada The Post.

Tanda tanya

Agen perisikan tidak mampu membuktikan bahawa pihak Rusia mengarahkan bahawa individua yang terlibat memberi maklumat kepada WikiLeaks mengenai email parti Demokratik yang telah dicuri.

Pengasas WikiLeaks Julian Assange telah menolak kaitan dengan kerajaan Rusia.


Siasatan lanjut

Kongres Demokratik telah meminta agensi Perisikan AS untuk memberikan kesemua maklumat mengenai penggodaman Rusia dan maklumat palsu dalam pilihanraya tersebut.

Ketua minoriti, Senator Harry Reid telah menuduh Pengarah Federal Bureau of Investigation (FBI), James Comey kerana mengetahui maklumat penggodaman Rusia kedalam server parti Republikan “sejak dulu lagi.”

Clinton telah menyalahkan Comey ke atas kekalahan beliau dan keputusan Comey sewaktu beberapa minggu terakhir kempen untuk membuka siasatan lanjut mengenai skandal email beliau telah membantutkan momentum kempen tersebut.

Dalam sebuah wawancara pada Rabu untuk Time magazine, Trump ditanya jika agensi perisikan telah dipolitikkan. “Saya rasa begitu,” jawab beliau.

“Saya rasa mereka tidak campur tangan,”kata Trump. “Ia mungkin kerja Rusia. Mungkin juga China. Mungkin juga kerja seorang lelaki di rumahnya di New Jersey.”