awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP bukti komitmen kerajaan perkasa pendidikan - Ramanan
RM100 juta diperuntuk tahun ini bagi perluas rawatan dialisis peritoneal - Dzulkefly
BM, Sejarah wajib untuk pelbagai aliran bukan keputusan muktamad kemasukan ke IPTA - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akibat depresi kematian suami, balu pesakit COVID-19 nekad bunuh diri bersama dua anak

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2020
00:00 MYT
Akibat depresi kematian suami, balu pesakit COVID-19 nekad bunuh diri bersama dua anak
Wanita terbabit membawa dua anak perempuanya ke sebuah jambatan berhampiran dan bertindak terjun ke landasan ketika kereta api menghampiri lokasinya. -Gambar hiasan
Gara-gara tidak dapat menerima kematian suami akibat COVID-19, seorang wanita cuba membunuh diri bersama dua anaknya dengan terjun di hadapan kereta api yang sedang bergerak.
Dalam kejadian di New Jalpaiguri, Kolkata, India itu, wanita terbabit membawa dua anak perempuannya ke sebuah jambatan berhampiran dan bertindak terjun ke landasan ketika kereta api menghampiri kawasan tersebut.
Tiga beranak itu bagaimanapun selamat namun kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Kolej Perubatan Bengal Utara, lapor Times of India.
Difahamkan suami wanita itu yang merupakan seorang guru sekolah meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.
Pegawai perubatan memaklumkan yang wanita itu mengalami tekanan perasaan selepas kematian suamnya sehingga mengakibatkan dia mengambil tindakan nekad itu.
Dalam pada itu, polis sedang menyiasat punca kejadian termasuk kemungkinan wanita itu dipulaukan daripada komuniti selepas kematian suaminya.

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi. Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders. Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri. Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. Panggilan adalah percuma bermula 1 Ogos 2019.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#depresi
#guru
#Hospiyal Koleh Perubatan Bengal Utara
#kereta api
#Kolkata
#nekad terjun
#New Jalpaiguri
#Times of India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan