awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis budaya Indonesia dakwa popiah bukan makanan warisan Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2015
10:18 MYT
Aktivis budaya Indonesia dakwa popiah bukan makanan warisan Malaysia
Kumpulan aktivis budaya yang dikenali sebagai Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi), mendakwa popiah atau lumpia merupakan makanan khusus dari Semarang. - Foto sumber WikiHow.comhiasan
Satu lagi demonstrasi telah dilangsungkan di hadapan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini, dan kali ini untuk mengingatkan kerajaan Malaysia agar tidak menyenaraikan popiah sebagai masakan warisan Malaysia, lapor media republik tersebut.
Kumpulan aktivis budaya yang dikenali sebagai Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi), mendakwa popiah atau lumpia merupakan makanan khusus dari Semarang.
“Formasbudi mengambil langkah ini supaya nanti popiah Semarang tidak didakwa sebagai milik negara Malaysia.
"Pada 17 Oktober 2014, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan telah menetapkan Lumpia Semarang sebagai warisan budaya nasional bukan benda,” ujar Penyelaras Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo.
Tambahnya, Pejabat Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Jawa Tengah juga akan mengusulkan ke UNESCO agar Lumpia Semarang diiktiraf sebagai warisan budaya dunia yang berasal dari Indonesia.
Dalam demonstrasi tersebut, lumpia dikatakan telah diasaskan oleh Tjoa Thay Joe, seorang lelaki keturunan Cina yang menetap di Semarang, yang kemudian menikah dengan wanita pribumi bernama Mbok Wasi pada tahun 1870 lalu.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim melalui Twitternya telah maklum tentang perkara tersebut.
Demo depan Kedutaan Besar Malaysia untuk menyelamat lumpia ( popiah ) Indonesia di guna oleh Malaysiapic.twitter.com/LibGE8zr47
— Zahrain Mohd Hashim (@dzahrain) February 20, 2015
Popiah sebenarnya popular sebagai makanan tradisi di seluruh Asia Tenggara dengan persamaan yang jelas antara beberapa negara jiran seperti Filipina dan Vietnam. Ia juga sudah sebati dalam masyarakat Korea, Taiwan dan Hong Kong.
Popiah di Malaysia mempunyai sejarah tersendiri. Pengaruh kulinari ini hadir bersama kedatangan para pedagang Cina bermula pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah kemasukan bersistematik komuniti tersebut sewaktu pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke-18.
Di China, popiah merupakan hidangan tradisional yang dipercayai wujud sejak zaman Dinasti Jin Timur sekitar tahun 265 hingga 420 Masihi.
Beberapa kumpulan pendesak di Indonesia selama ini sering kali memperbesarkan beberapa hal berkaitan hal-hal budaya etnik dan gastronomi yang didakwa milik mereka seperti tarian dan seni kraf.
Namun, kumpulan-kumpulan itu sering saja membelakangkan hakikat sejarah penghijrahan etnik dan sosiobudaya di rantau ini.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#lumpia
#Malaysia
#popiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan