Anak perempuan bekas presiden ke-43 Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, mendakwa White House atau Rumah Putih berpenunggu.

Jenna Bush Hager mendakwa, semasa tinggal di kediaman rasmi presiden itu, beliau dan kakaknya, Barbara, sering mendengar bunyi piano klasik era 1920-an muncul dari ruang pemanas api.

"Tetapi saya dan kakak tidak pernah diganggu entiti tersebut.

"Mungkin hantu yang ada di Rumah Putih baik-baik belaka," katanya.

Kisah seram dari Rumah Putih bukan perkara baharu kerana sebelum ini ramai orang termasuk kakitangan di pejabat dan kediaman rasmi presiden AS itu sering melihat kelibat misteri.

Ia termasuk jelmaan bekas presiden AS ke-16, Abraham Lincoln.

Presiden Donald Trump, semasa baharu mengambil alih tugas daripada Barack Obama, dilaporkan pernah menolak untuk menjadikan Rumah Putih sebagai kediaman rasmi keluarganya kerana percaya ia berpenunggu. -- Agensi