Seorang aktivis warga Afrika Selatan yang juga anak kepada pendakwah antarabangsa terkenal, Sheikh Ahmed Deedat kini bertarung nyawa selepas ditembak di luar sebuah mahkamah, pada Isnin.
Jurucakap polis, Kolonel Thembeka Mbela berkata, mangsa, Yousuf Deedat, 65, ditembak di kepala ketika berjalan bersama isterinya menuju ke Mahkamah Keluarga Verulam di pinggir Durban.
Mbele berkata, seorang suspek yang tidak dikenali telah menembak dan mencederakan Deedat di kepala.
Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan segera bagi mendapatkan bantuan perubatan manakala suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal ke arah yang tidak diketahui.
"Dia berada dalam keadaan kritikal di hospital tempatan, manakala kecederaan yang dialaminya kekal, kami berharap Yousuf Deedat segera pulih," kata keluarga mangsa dalam satu kenyataan.
Polis bagaimanapun berkata, siasatan akan dijalankan punca beliau ditembak.
Yousuf Deedat terkenal sebagai aktivis masyarakat dan sarjana Islam di Durban.
Bapa mangsa, Sheikh Ahmed Deedat meninggal dunia pada 2005 merupakan bekas pendakwah Islam yang sering menganjurkan debat umum.
Di samping itu, beliau juga merupakan pengasas Pusat Penyebaran Islam Antarabangsa yang bertujuan supaya Islam didengari dan difahami di seluruh dunia.
Sheikh Ahmed Deedat dianugerahkan Hadiah Antarabangsa Raja Faisal pada 1986 atas kerja kerasnya berdakwah selama 50 tahun.
Agensi
Thu Jan 16 2020
Mbele berkata, seorang suspek yang tidak dikenali telah menembak dan mencederakan Deedat di kepala. - Foto sumber YouTube
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Polis mati dengan kesan tembakan di kepala, tiga rakan direman seminggu
Tiga anggota polis ditahan reman hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan kes seorang konstabel yang mati tertembak oleh rakan sekerja di Sibu pada Khamis.
Anak pendakwah Ahmed Deedat ditembak di kepala
Mangsa, Yousuf Deedat, 65, ditembak di kepala ketika berjalan bersama isterinya menuju ke Mahkamah Keluarga Verulam di pinggir Durban.
Pengantin lelaki maut tertembak di majlis perkahwinan
Pengantin Amit Rastogi, 28, parah tertembak di kepala ketika mengetuai rombongan menuju ke rumah pengantin perempuan dalam satu upacara yang menjadi kelaziman dalam majlis perkahwinan India.