Seorang ibu dan seorang rakannya panik seketika apabila terperangkap di sebuah balkoni kediaman gara-gara tindakan nakal anaknya bertindak mengunci pintu pagar balkoni terbabit.

Memburukkan lagi keadaan, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu tidur selepas bertindak sedemikian.

Senario itu memaksa ibunya menelefon dan meminta bantuan pihak polis Goeppingen.

Menurut kenyataan media oleh polis, mereka terpaksa meminta bantuan pihak bomba untuk memecah pintu kediaman flat tersebut.

Tindakan itu dibuat selepas cubaan pihak polis membunyikan loceng rumah tersebut gagal membuatkan anak mangsa bangun daripada tidur.

Kesemua mereka bagaimanapun selamat.