awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota kumpulan Daish siar pembunuhan melalui Facebook Live

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/06/2016
07:26 MYT
Anggota kumpulan Daish siar pembunuhan melalui Facebook Live
Aballa membunuh pasangan Jean-Baptiste Savaing dan Jessica Schneider dan menyiarkannya menerusi Facebook Live.
Teknologi 'Facebook Live' dipercayai digunakan oleh seorang suspek pengganas ketika dia menceroboh rumah mangsa yang dibunuhnya di Magnanville, Paris, Isnin lalu.
Larossi Abballa didakwa menikam Jean-Baptiste Savaing beberapa kali di perut dalam satu serangan di luar rumah anggota polis itu.
Aballa kemudiannya memasuki rumah Savaing dan menikam mati isteri mangsa, Jessica Schneider, sebelum menahan anak pasangan itu yang berusia tiga tahun sebagai tebusan.
Ketika inilah, Aballa menyiarkan sesi 'Facebook Live' melalui akaun Facebook miliknya sambil mendedahkan apa yang telah dilakukannya.
"Saya telah membunuh seorang pegawai polis dan isterinya. Kini saya berada dalam rumahnya dan polis sedang mengepung kawasan ini," kata Aballa.
Video itu dilaporkan telah dibuang dan akaun Facebook Aballa juga telah dinyahaktifkan pada pagi Selasa. Video itu turut dimuat naik semula oleh agensi media kumpulan Daish yang dikenali sebagai Amaq.
Aballa terbunuh selepas pertempuran dengan polis yang merempuh masuk ke rumah tersebut, dan menyelamatkan kanak-kanak yang ditawan.
Satu status yang dimuat naik Aballa 18 jam sebelum menyerang mangsa menyebut ... "kata orang, kejahatan ada di mana-mana".
Facebook dalam satu kenyataan memberitahu, pihak mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti atau isi kandungan berbaur keganasan yang dimuat naik ke mana-mana akaun media sosial itu.
Aballa dilaporkan merupakan antara anggota militan Daish dan turut terbabit dalam merekrut anggota baru di Pakistan.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Facebook Live
#laman sosial
#Larossi Aballa
#Perancis
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan