ANGKA jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 15 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan 250,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 3.93 juta kes positif.

Ini diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.15 juta kes dan India 1.19 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan 250,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 787,000 kes.

Afrika Selatan, Mexico, Peru dan Chile pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.

Sebelas negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu United Kingdom (UK) , Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis, Jerman, Bangladesh dan Colombia.

Tiga lagi negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 ialah Argentina, Kanada dan Qatar.

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan COVID-19 di bawah 100,000 kes.

Sementara itu, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini lebih 618,000 kes.

Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 7,000 kes dalam tempoh 24 jam.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 142,000 kematian.

Brazil dan UK berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan lebih 81,000 dan 45,000 kematian akibat COVID-19.

Mexico, Itali dan Perancis masing-masing merekodkan angka kematian 41,000, 35,000 dan 30,000 kes.

India dan Sepanyol pula masing-masing merekodkan 28,000 kes.

Iran merekodkan kematian lebih 14,000 kes manakala negara-negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 13,000 kes.