Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membuat undian bagi menggesa gencatan senjata selama 30 hari di timur Ghouta, Syria.

Ini susulan serangan bom selama enam hari berturut-turut sehingga memusnahkan kawasan pertanian yang merupakan benteng akhir pemberontak pada Jumaat berdekatan Damsyik, lapor Reuters.

Menurut pengamal perubatan di wilayah tersebut, pesawat tempur telah mengebom beberapa buah hospital sehingga menyukarkan proses rawatan dilakukan.

BACA: PBB gesa keganasan di Ghouta dihentikan segera


BACA: Bumi Syria terus 'dihujani' peluru dan bom

BACA: "Tolong hentikan serangan, ubat dah nak habis," - rayu doktor di Syria


Angka kematian terus meningkat sekurang-kurangnya 417 terbunuh dan ratusan tercedera akibat serangan tersebut. Kematian melibatkan 98 kanak-kanak.

BACA: Puluhan rakyat Syria terbunuh dalam serangan bom di Damsyik


Dalam pada itu, Majlis Keselamatan PBB menerima resolusi dari Kuwait dan Sweden bagi memberhentikan sebarang permusuhan dan pertempuran selama 30 hari di negara itu bagi memberi laluan penghantaran bantuan dan ubat.

BACA: "Nak hantar bantuan bagaimana? Misi bantuan kemanusiaan disekat Bashar"


Bagaimana pun, undian akan dilakukan pada Jumaat di mana bukan sahaja melibatkan kumpulan-kumpulan negara Islam, al-Qaeda dan Front Nusra malah Moscow dan juga, Damsyik.