Angka korban akibat COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 170 orang dengan majoriti kes kematian berlaku di Jakarta.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan COVID-19 Achmad Yurianto berkata sejumlah 13 lagi kes kematian dicatat dalam tempoh 24 jam.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini juga, terdapat sebanyak 113 kes positif baharu, menjadikan kes positif setakat ini berjumlah 1,790," katanya dalam siaran langsung menerusi Youtube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Jakarta mencatat jumlah kematian tertinggi iaitu 90 kes diikuti Jawa Barat (25 kes), Banten (14) dan bakinya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-- BERNAMA