DUNIA
Angka korban gempa bumi terbaharu Nepal terus meningkat

Gempa melanda pada kedalaman 10 kilometer, 68 kilometer barat Namche Bazar berhampiran khemah induk ke Everest. -Gambar fail
Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan lebih ratusan yang lain cedera apabila gempa bumi kuat menggegarkan Nepal pada Selasa.
"Bagaimanapun, kami sedang mengumpul lebih banyak maklumat dari seluruh negara dan kami akan dapat menentukan jumlah kematian dan kecederaan dalam gempa bumi hari ini (Selasa)," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Hemanta Pal.
Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan Nepal, gempa bumi itu berukuran 7.4 pada skala Richter.

Nepal, AFP
Kumpulan penyelamat menggunakan anjing pencari untuk menjejaki mangsa yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan - Foto AFP/Prakash Mathema
Gempa bumi itu berpusat 150 kilometer ke timur Kathmandu. Sekurang-kurangnya tiga gempa susulan dengan kekuatan 5.6, 5.5 dan 6.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku.Penduduk bergegas keluar dari rumah masing-masing dan meluru ke kawasan tanah lapang untuk menyelamatkan diri.

Nepal, AFP
Seorang balu mangsa gempa bumi Nepal pada Selasa sedang ditenangkan orang ramai - Foto AFP
Butir-butir mengenai kerosakan belum lagi dilaporkan.Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, satu-satunya lapangan terbang antarabangsa di Nepal terus ditutup selama dua jam tetapi telah dibuka semula.
Lebih 650 gempa susulan telah dilaporkan sejak 25 April sehingga gempa bumi yang kuat pada hari ini.

Nepal
Pada 25 April, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda Nepal, meragut nyawa lebih 8,000 orang dan menyebabkan lebih 17,800 yang lain cedera.
Wartawan Astro AWANI, Mariah Ahmad yang kini berada di Kathmandu melaporkan suasana cemas menyelubungi kawasan dilanda gegaran.
Dia sempat berlari menyelamatkan diri dari hotel penginapannya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami