awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkara seludup motosikal Harley Davidson, CEO Garuda dipecat

Agensi
Agensi
07/12/2019
00:16 MYT
Angkara seludup motosikal Harley Davidson, CEO Garuda dipecat
Bayaran bagi pembelian barangan seludup tersebut dikatakan dibuat menerusi seorang pengurus kewangan Garuda yang berpangkalan di Amsterdam. - REUTERS
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan Garuda Indonesia, Ari Askhara bakal dipecat atas dakwaan menyeludup motosikal mewah Harley Davidson ke negara itu.
Kementerian Perdagangan Indonesia, Erick Thohir berkata, Ari menyeludup bahagian-bahagian motosikal klasik tahun 1970-an itu dan basikal lipat Brompton, menerusi pesawat Airbus A330-900 Neo Garuda dari Perancis pada bulan lalu.
Dalam pada itu, sumber mendedahkan bahawa cukai yang cuba dielakkan dianggarkan AS$57,000 (RM237,091).
Bayaran bagi pembelian tersebut dikatakan dibuat menerusi seorang pengurus kewangan Garuda yang berpangkalan di Amsterdam.
Sementara itu, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan jika kakitangan Garuda lain turut terlibat. Penyeludupan itu terbongkar apabila para pegawai kastam menemui barang-barang tersebut di bahagian bagasi penumpang.
Untuk rekod, hasil kekayaan yang dimiliki oleh Ari Askhara ialah berjumlah RM11.14 juta dan sebanyak RM406,000 bagi nilai kenderaan yang dimilikinya.
Namun, dalam rekod tersebut tidak disebutkan pula motorsikal Harley dan basikal lipat Brompton seperti yang dilaporkan.
Bagaimanapun, pengganti CEO syarikat Garuda itu akan diumumkan dalam mesyuarat pemegang saham syarikat tersebut yang juga merupakan sebuah syarikat awam.
Topic Berkaitan
#Airbus
#CEO
#Garuda
#Harley Davidson
#Indonesia
#motosikal mewah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan