Berita  | Dunia

Anjing ditikam di kepala akibat mahu selamatkan tuan

Anjing ditikam di kepala akibat mahu selamatkan tuan
Menyedari tuannya berada dalam bahaya, Duke segera menyerang lelaki berkenaan yang kemudian menikam kepala anjing tersebut dengan pisau. - Foto Daily Mail
CAPE TOWN: Seekor anjing menjadi hero apabila berjaya menyelamatkan tuannya daripada dirompak, meskipun kepalanya ditusuk pisau.

Dalam kejadian di kawasan Mitchell Plains berhampiran Cape Town, Gino Wensel, 40, sedang berjalan bersama anjing kesayangannya bernama Duke, apabila dia tiba-tiba didatangi seorang lelaki bersenjata pisau.

Menyedari tuannya berada dalam bahaya, Duke segera menyerang lelaki berkenaan yang kemudian menikam kepala anjing tersebut dengan pisau.
Walaupun telah ditikam, anjing berani itu terus mengejar dan berjaya menghalau si penyerang, sebelum rebah dalam keadaan berlumuran darah.

Wensel segera membawa Duke ke Persatuan Kebajikan Haiwan Afrika Selatan (AWSSA), menurut doktor yang merawat Duke, anjing berkenaan bernasib baik kerana pisau tersebut tidak mengenai bahagian otak, dan Duke kini semakin pulih.

"Saya tidak tahu sama ada penyerang itu mahu merompak atau mencederakan saya, apa yang saya tahu, Duke tidak akan membiarkan sesuatu yang buruk terjadi kepada saya," ujar Wensel yang berasa amat gembira anjing kesayangannya terselamat daripada maut.