Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Anna Wintour dianugerah gelaran 'Dame' oleh Ratu Elizabeth

Anna Wintour dianugerah gelaran 'Dame' oleh Ratu Elizabeth
Anna Wintour menunjukkan pengiktirafan daripada Ratu Elizabeth yang membawa gelaran Dame buatnya. - Reuters
LONDON: Editor majalah Vogue Amerika Syarikat yang berketurunan British,, Anna Wintour, telah dianugerahkan gelaran Dame oleh Ratu Elizabeth bagi bidang fesyen dan kewartawanan.

Wintour, 67, telah menerajui majalah Vogue AS selama hampir 30 tahun, satu jangka masa yang begitu lama dan sekali gus menjadikan beliau salah satu suara paling berpengaruh dalam dunia fesyen.

Wintour memberitahu pemberita bahawa Ratu Elizabeth mengalami sedikit masalah ketika memakaikan anugerah itu di baju beliau.

"Ratu tidak dapat mencari di mana hendak menyemat pin kerongsang," katanya kepada BBC.
Terkenal dengan sikapnya yang tenang setiap kali di barisan hadapan pertunjukan fesyen, Wintour tersenyum lebar selepas majlis anugerah di Istana Buckingham.

Beliau hadir bersama anak perempuannya Bee Shaffer.