TENTUNYA bukan dunia media sosial tanpa 'challenge' ataupun cabaran baharu!
Pada Julai 2018, cabaran “In My Feelings” atau lebih dikenali sebagai “Keke Challenge” menggegarkan dunia Internet dan menyaksikan warga dunia menari di luar kenderaan atau tempat terbuka menggunakan lagu penyanyi antarabangsa, Drake berjudul 'In My Feelings'.
Kali ini, cabarannya berbeza dan sedikit mencabar berbanding trend sebelum ini.
Laman media sosial sekali lagi dibanjiri hashtag #BottleCapChallenge yang memerlukan anda untuk membuka penutup botol dengan tendangan ‘side-kick’ tanpa menjatuhkan botol tersebut.
BACA: Apa yang anda tahu pasal "Microwave Challenge"?
Bagi membuat aksi ini dengan sempurna, anda perlu meletakkan botol pada permukaan yang rata dan membuka penutupnya dengan tendangan yang dikenali sebagai tendangan ‘round house’ dalam seni bela diri campuran.
Bagaimana cabaran #BottleCapChallenge bermula?
Trend ini bermula apabila juara featherweight UFC, Max Holloway dan pereka fesyen, Errolson Hugh mencabar penyanyi John Mayer untuk mengambil bahagian dalam ‘sukan’ yang trending ini pada minggu lalu.
Holloway memuat naik video pada laman Instagramnya dan menyampaikan cabaran tersebut kepada Mayer.
“Saya ingin sampaikan cabaran ini kepada John Mayer.
“Jika anda tidak dapat menyelesaikan cabaran ini, anda perlu datang ke Hawaii selepas konsert jelajah anda dan “menendangnya” dengan kami sehingga sempurna,” kata Holloway dalam entri di akaun Instagram miliknya.
Mayer menyahut cabaran tersebut dan memuat naik video menerusi laman Instagram peribadinya serta mencabar pelakon Jason Statham untuk membuka penutup botol dengan cara yang luar biasa.
Selebriti mana lain yang terjebak?
Rata-rata netizen, atlet dan selebriti tempatan serta antarabangsa tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam cabaran ini.
Antaranya penyampai radio ERA, Radin dan pelakon Paskal, Hairul Azreen.
Tidak dilupakan juga celebrity antarabangasa Jason Statham (dicabar John Mayer), Ellie Goulding, Diplo, Jon Jones, Yura Yunita, Donnie Yen dan ramai lagi.
Paling menakjubkan adalah aksi pelakon filem Ip Man, Donnie, yang melakukan aksi tersebut dengan mata tertutup!
Anda pula bagaimana? Berapa kali yang telah anda cuba untuk membuka penutup botol dengan cara yang istimewa ini?
Kongsikan pandangan anda tentang cabaran ini di ruang komen di bawah!
Isabelle Leong
Thu Jul 04 2019
Rata-rata netizen, atlet dan selebriti tempatan serta antarabangsa tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam cabaran #BottleCapChallenge ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Zlatan cabar Khabib, Pogba, Djokovic... buat #MatrixChallenge
Bintang bola sepak, Zlatan Ibrahimovic muncul dengan cabaran yang digelarnya #MatrixChallenge.
Apa yang anda perlu tahu tentang trend viral "Bottle Cap Challenge"?
Laman media sosial sekali lagi dibanjiri hashtag #BottleCapChallenge yang memerlukan anda untuk membuka penutup botol dengan tendangan 'side-kick' tanpa menjatuhkan botol tersebut.