Debu dan asap tebal terus menyelubungi sebahagian besar kawasan Santa Barbara California pada Isnin mengakibatkan kebakaran besar yang berlaku.

Kebakaran setakat ini telah merebak ke kawasan pekan daerah itu yang menyebabkan penduduk sekitar terpaksa berpindah.

Menurut pihak berkuasa setakat ini kebakaran itu telah memusnahkan lebih daripada 750 kediaman dan membakar kawasan hampir 930 kilometer persegi.

Perkhidmatan kereta api Amtrak merentasi bandar Santa Barbara turut dibatalkan sementara pihak berkuasa mengeluarkan amaran berulang mengenai udara yang tidak sihat.

Ramalan angin kering pula tidak memihak kepada pasukan memadam kebakaran kerana dijangka akan berterusan selama seminggu.

Setakat ini tiupan angin Santa Ana adalah musuh utama pasukan pemadaman yang memarakkan lagi api ketika keadaan kering di kebanyakkan kawasan di California.