Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc mengumumkan menarik balik semula plug penyesuai tiga cabangnya yang direka untuk kegunaan di beberapa negara di Hong Kong, Singapura, Malaysia dan United Kingdom, secara sukarela.

Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan tindakan itu dibuat susulan daripada enam kejadian kejutan elektrik yang berpunca daripada plug seumpama itu di seluruh dunia.

Ia merangkumi semua plug Mac Apple dan beberapa peranti iOS yang dikeluarkan antara tahun 2003 dan 2010 termasuk plug penyesuai pelancongan dunia Apple.

"Oleh kerana keselamatan pelanggan menjadi keutamaan, Apple meminta semua pelanggannya untuk berhenti menggunakan plug penyesuai berkenaan,” kata syarikat berkenaan.

Tambah Apple, pertukaran plug berkenaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Penarik balikan ini tidak merangkumi penyesuai kuasa USB Apple.