awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi umum tiada solat tarawih di masjid tahun ini

Agensi
Agensi
14/04/2020
13:56 MYT
Arab Saudi umum tiada solat tarawih di masjid tahun ini
Tiada solat tarawih secara berjemaah di Arab Saudi tahun ini. - Foto media sosial/Twitter
Arab Saudi mengumumkan tiada solat tarawih di masjid pada bulan Ramadan yang akan datang ini, lapor Al Riyadh.
Sebaliknya, rakyat diminta menunaikan tarawih di rumah sahaja.
"Semoga Allah SWT menerima solat tarawih yang dilakukan tidak kira sama ada di masjid atau rumah, kerana ini adalah untuk kepentingan bersama," kata Menteri Hal Ehwal Islam, Dr Abdul Latif Al Sheikh.
Sejak 19 Mac lalu, negara itu tidak lagi membenarkan solat lima waktu dan solat Jumaat dilakukan di masjid secara berjemaah, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyekat penyebaran COVID-19.
Arab Saudi, yang melaksanakan perintah berkurung sejak minggu lalu, setakat ini telah mencatat 4,934 kes positif dan 65 kematian.
Jumlah itu merupakan yang tertinggi dalam kalangan enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk, yang mencatat lebih 14,000 kes positif dan lebih 100 kematian.
Angka itu dijangka mencecah 200,000 dalam beberapa minggu akan datang, memaksa langkah drastik diambil seperti menghentikan penerbangan antarabangsa dan menggantung ibadat umrah.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#COVID-19
#Dr Abdul Latif Al Sheikh
#koronavirus
#Ramadan
#tarawih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan