Tutup

Berita  | Dunia

Asteroid gergasi bakal memasuki atmosfera bumi?

Asteroid gergasi bakal memasuki atmosfera bumi?
NASA sebelum ini mengumumkan bahawa asteroid gergasi yang dinamakan 2002 NT7 dikatakan bakal memasuki atmosfera bumi.
PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Amerika Syarikat (NASA) sebelum ini mengumumkan bahawa asteroid gergasi yang dinamakan 2002 NT7 dikatakan bakal memasuki atmosfera bumi.

Menurut NASA, batuan angkasa itu dijangka menghentam bumi pada 2019 pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.

Mengikut perkiraan NASA, asteroid itu dijangka menghentam bumi iaitu pada 1 Februari.

Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu kemudian ditarik serta-merta oleh pihak NASA.
Jelas NASA itu, mereka akan membuat perkiraan semula dan mengesahkan bahawa ia bukan satu ancaman kepada bumi.

BACA JUGA: Asteroid bentuk tengkorak manusia bakal rentas bumi
BACA JUGA: Asteroid sebesar bangunan Burj Khalifah sedang bergerak menghampiri Bumi

Tambah mereka, 2002 NT7 bakal melintasi bumi tanpa terjadi sebarang pelanggaran, iaitu dijangka pada 13 Januari ini.

Sementara itu, tindakan NASA yang secara tiba-tiba mengumumkan bahawa ia bukanlah satu ancaman, juga telah menjadi topik perdebatan hangat.

Portal Daily Star melaporkan, ahli teori konspirasi menyifatkan pihak NASA cuba untuk 'menutup' ancaman berkenaan daripada pengetahuan umum.

Menurut mereka, 2002 NT7 merupakan asteroid yang diklasifikasikan sebagai 'risiko impak positif' yang dipercayai bakal menghentam bumi.



Tag: NASA, asteroid, bumi, atmosfera, 2002 NT7



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.