Berita  | Dunia

Asteroid gergasi diramal menghentam bumi pada 2135

Asteroid gergasi diramal menghentam bumi pada 2135
Bennu berkelebaran lima buah padang bola dengan anggaran berat 79 bilion kilogram dan dikatakan 1,664 kali lebih berat daripada Titanic. -Foto Pixabay
SEBUAH asteroid gergasi dijangka akan terhempas ke bumi pada tahun 2135.

Itu amaran para saintis National Aeronautics and Space Administration (NASA).

Asteroid gergasi yang diberi nama Bennu itu berkelebaran lima buah padang bola dengan anggaran berat 79 bilion kilogram dan dikatakan 1,664 kali lebih berat daripada Titanic, menurut METRO News.
Para saintis telah meramalkan asteroid tersebut akan memberi 80,000 kali lebih impak berbanding bom Hiroshima, menurut The Sun.

NASA mempunyai kapal angkasa yang diberi nama Hypervelocity Asteroid Mitigation Mission for Emergency Response (HAMMER) direka khas untuk mengubah arah atau menghancurkan asteroid supaya tidak terhempas ke bumi.

Kapal Angkasa HAMMER ini juga mampu menghancurkan asteroid menggunakan bom nuclear, tetapi tidak disarankan kerana berkemungkinan memberi kesan buruk pada bumi.

Namun begitu, saintis telah memutuskan bahawa sebuah HAMMER tidak mencukupi dan tidak mampu mengubah arah Bennu.

Seorang ahli fizik di Makmal Kebangsaan Lawrence Livermore, Kirsten Howley berkata,"menggunakan kapal angkasa HAMMER yang kecil boleh memberi 'akibat buruk' pada bumi.”

HAMMER hanya berukuran 9 meter tinggi dengan berat hampir 9 tan.