Sebuah asteroid berukuran lebih besar daripada bangunan Empire State dikatakan sedang bergerak menuju ke arah bumi.

Saintis di Makmal Propulsi Jet NASA (JPL) berkata, batu angkasa digelar 2019 OU1 dijangka menghampiri bumi pada 28 Ogos depan pada jarak dekat hanya 0.00687 unit astronomi (au) atau lebih sejuta kilometer.

"Asteroid Berpotensi Bahaya (PHAs) dalam kelas Apollo (kelompok dekat dengan bumi) yang dianggarkan berukuran kira-kira 150 meter lebar dan melintasi bumi pada kelajuan 13 kilometer per saat," ujar JPL dalam satu kenyataan.

Asteroid itu dikatakan berukuran sama seperti saiz Piramid Besar Giza.

Menurut NASA, PHAs ditakrifkan berdasarkan parameter tertentu yang mengukur potensi ancaman asteroid menghampiri bumi terutamanya batuan angkasa dengan jarak persilangan orbit minimum 0.05 au dan magnitud mutlak 22.0.

Beberapa minggu lalu, asteroid 'pembunuh bandar' digelar 2019 OK dengan diameter 129 meter yang boleh menyebabkan kemusnahan ke atas bandar seperti impak bom atom turut dikesan menghampiri bumi pada jarak lebih dekat berbanding kedudukan bulan. - Agensi