awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet angkat berat wanita patah lengan ketika beraksi secara langsung

Agensi
Agensi
15/04/2019
01:20 MYT
Atlet angkat berat wanita patah lengan ketika beraksi secara langsung
Gaelle ketika itu sedang melakukan percubaan ketiga pada berat 107 kilogram, apabila secara tiba-tiba lengannya patah. -Foto The.sun.uk
Seorang atlet angkat berat wanita mengalami saat mengerikan apabila lengannya patah ketika melakukan aksi yang turut disiarkan secara langsung.
Ketika kejadian, Gaelle Nayo-Ketchanke, 30, sedang bersaing dalam kategori 76 kilogram mewakili negaranya Perancis pada Kejohanan Angkat Berat Eropah di Batumi, Georgia.
Lapor The Sun UK, Gaelle ketika itu sedang melakukan percubaan ketiga pada berat 107 kilogram apabila secara tiba-tiba lengan kirinya patah akibat tekanan.
Jeritan Gaelle dapat didengari dalam video yang disiarkan oleh Persekutuan Angkat Berat Eropah melalui siaran langsung.
Penonton tergamam melihat Gaelle yang pernah memenangi pingat perak pada kejohanan tahun lalu di Romania, terbaring menahan kesakitan sambal memegang lengannya.
Pasukan perubatan bergegas membantu Gaelle dan dia dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan selepas meninggalkan pentas angkat berat.
Menurut laporan perubatan, lengan Gaelle patah di beberapa tempat dan bahunya terkehel.
Gaelle dalam entri terbaru di Instagramnya memuat naik foto dirinya yang telah selamat menjalani rawatan dengan lengan dan sikunya berbalut.
Gaelle dalam kesakitan selepas lengannya patah ketika cubaan mengangkat 107 kg.
Gaelle dalam kesakitan selepas lengannya patah ketika cubaan mengangkat 107 kg.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kejohanan dan rakan sepasukannya yang bertindak cepat dalam insiden berkenaan.
"Saya keluar daripada Kejohanan Eropah ini dengan cara yang paling menarik, saya menerima banyak mesej sokongan dan ketika ini sedang menunggu penerbangan pulang ke Perancis untuk melakukan ujian lanjut.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan dan teknikal Persekutuan yang bertindak balas dengan cepat dan jurulatih serta rakan-rakan saya dari pasukan Perancis,” tulisnya.
View this post on Instagram
Je sors de ces championnats d'Europe pas de la meilleure des manières, avec une blessure au coude à l'arraché à 107kg après avoir remporté la médaille de bronze à 103kg. J'ai reçu énormément de messages de soutien qui m'ont fait chaud au cœur et nous attendons mon retour en France pour faire des examens complémentaires. Je tiens à remercier le staff médical et technique de la Fédération qui ont très vite réagis et qui sont à mes côtés. mes entraîneurs et mes collègues de L'équipe de France. Je reviendrai vers vous pour des nouvelles... #weightlifting #batumi #staypostive #goodvibes #blessed #pasletemps
A post shared by Gaelle KETCHANKE NAYO
Biarpun gagal dalam cubaan mengangkat berat 107 kg, Gaelle berjaya memenangi pingat gangsa melalui percubaannya pada berat 103 kg.
Topic Berkaitan
#atlet angkat berat
#Gaelle Nayo-Ketchanke
#Kejohanan Angkat Berat Eropah
#patah lengan
#Persekutuan Angkat Berat Eropah
#siaran langsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan