awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN perkenal aplikasi Whatsapp, platform pertanyaan cukai baharu
Letupan di Universiti HELP: Dua pelajar masih menerima rawatan
PERKESO sedia salur bantuan mangsa letupan gas Universiti HELP - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia eksport tembikai dicemari bakteria listeria ke sembilan negara, termasuk Malaysia - WHO

Reuters
Reuters
11/04/2018
06:54 MYT
Australia eksport tembikai dicemari bakteria listeria ke sembilan negara, termasuk Malaysia - WHO
Menurut WHO, Australia mengesahkan sebanyak tujuh orang mati dan seorang lagi mengalami keguguran disebabkan keracunan listeriosis. Gambar Twitter @WHO
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan sekurang-kurangnya sembilan negara, termasuk Malaysia, telah menerima eksport rock melon atau tembikai wangi yang dicemari bakteria listeria dari Australia, hari Isnin.
Menurut kenyataan berkenaan, tembikai yang juga dikenali sebagai cantaloupe itu telah dieksport ke Hong Kong, Jepun, Kuwait, Malaysia, Oman, Qatar, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Bahrain, serta berkemungkinan juga telah dihantar ke Seychelles.
Australia telah mengesahkan sebanyak tujuh orang mati dan seorang lagi mengalami keguguran disebabkan keracunan listeriosis akibat memakan tembikai yang dicemari listeria di Australia sejak dari 17 Januari hingga 6 April.
“Kes yang serupa di negara yang terjejas masih belum dikenal pasti.
“Para penanam tembikai berkenaan terus memberikan kerjasama terhadap pihak berkuasa terbabit dan juga mereka meneruskan semula aktiviti pengeluaran tembikai setelah membuat ujian pembersihan di kawasan penanaman tembikai,” lapor WHO.
Pihak berkuasa Australia telah menghantar notis terperinci ke Interntional Food Safety Auhorities Network ke negara-negara terbabit setelah mendapati syarikat pengeluar tembikai berkenaan telah mengeksport tembikai yang tercemar itu pada 2 Mac lalu.
Menurut WHO, ianya dipercayai faktor persekitaran dan cuaca menyebabkan permukaan buah tembikai itu terdedah kepada pencemaran listeria.
“Bakteria tersebut masih wujud pada paras yang rendah walaupun telah dilakukan proses pembersihan.
“Bakteria jenis listeria monocytogenes bacterium itu mampu bertahan dalam tempoh inkubasi yang panjang, iaitu biasanya dalam tempoh satu atau dua minggu tetapi berkemungkinan mampu sehingga 90 hari, jadi lebih banyak kes dilaporkan,” tambahnya.
Keracunan listeriosis menyebabkan cirit-birit dan demam panas dalam masa beberapa hari.
Keracunan tersebut juga mampu menyebabkan kesan yang teruk seperti septicemia dan meningitis terhadap orang yang berisiko tinggi seperti wanita hamil, bayi, warga emas, dan orang yang sedang mendapatkan rawatan untuk kanser, AIDS atau pemindahan organ.
Sebelum ini, wabak listeriosis yang berlaku secara berasingan di Afrika Selatan telah membunuh sekurang-kurangnya 180 orang dan menyebabkan tindakan mahkamah dikenakan ke atas syarikat pengeluar makanan Tiger Brands pada awal tahun ini.
Topic Berkaitan
#Australia
#eksport
#keracunan
#listeria
#listeriosis
#Malaysia
#tembikai
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan