awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia isytihar darurat

Agensi
Agensi
11/11/2019
07:56 MYT
Australia isytihar darurat
Setakat ini, tiga orang dilaporkan maut manakala ribuan yang lain kehilangan tempat tinggal, 150 kediaman turut musnah susulan berpuluh kebakaran tidak terkawal di utara negeri terbabit. - Foto Darren Pateman/AAP Image via AP
Australia hari ini dilaporkan mengisytiharkan darurat di Sydney dan penduduk dinasihati berjaga-jaga susulan siri kebakaran hutan yang melanda timur negara itu.
Buat pertama kali, bandar terbesar di Australia itu dan kawasan sekitar berdepan tahap amaran kebakaran paling tinggi, pihak berkuasa turut memaklumkan risiko terhadap nyawa dan kediaman.
"Tiada binaan atau rekaan yang mampu bertahan dalam situasi yang mungkin terjadi dalam keadaan bencana," kata Shane Fitzsimmons, Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Pedalaman New South Wales yang merangkumi Sydney.
Suhu tinggi dan angin kencang yang dijangka akan mencetuskan kebakaran esok menyebabkan Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian mengisytiharkan darurat selama tujuh hari.
Menurut Berejiklian, fokus utama esok adalah melindungi nyawa, harta benda dan memastikan keselamatan semua pihak.
kebakaran hutan
Suhu tinggi dan angin kencang yabg dijangka akan mencetus kebakaran menyebabkan Ketua Menteri New South Wales mengisytiharkan darurat selama tujuh hari. - Foto Agensi
Setakat ini, tiga orang dilaporkan maut manakala ribuan yang lain kehilangan tempat tinggal, 150 kediaman turut musnah susulan berpuluh kebakaran tidak terkawal di utara negeri terbabit.
Dalam pada itu, situasi yang dilihat sedikit pulih hari ini membolehkan sebilangan penduduk pulang ke rumah masing-masing namun jerebu dilaporkan di beberapa kawasan yang dilanda kebakaran.
Topic Berkaitan
#bencana alam semulajadi
#darurat
#harta benda
#kebakaran hutan
#perlindungan nyawa
#Sydney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan