awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia rekod kes koronavirus pertama

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2020
02:01 MYT
Australia rekod kes koronavirus pertama
Pelancong yang menaiki penerbangan langsung dari China memakai topeng ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di SeaTac, Washington, 23 Jan, 2020. REUTERS
Australia pada Sabtu mengesahkan kes pertama koronavirus di negara itu, namun individu berkenaan telah pun dikuarantin di hospital di Victoria.
Menteri Kesihatan Victoria Jenny Mikakos berkata, individu tersebut merupakan warganegara China, berusia dalam lingkungan 50an.
Pesakit tiba di Australia pada 19 Januari melalui penerbangan terus dari Guangzhou.
“Amat penting untuk saya tekankan di sini, tidak perlu untuk rakyat Australia risau kerana pesakit itu telah diasingkan dan sedang menjalani rawatan.
“Dan kita tidak menjangkakan sebarang kes baharu pada peringkat ini,” katanya Mikakos lagi.
Topic Berkaitan
#Australia
#China
#Hospital
#kesihatan
#koronavirus
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan