Akta kontroversi yang melibatkan pengasingan golongan wanita yang memakai burqa atau niqab dalam ruang kaca di Parlimen Australia, telah ditarik balik.

Ia susulan keputusan pada 2 Oktober oleh Speaker Bronwyn Bishop dan Presiden Senat Stephen Parry untuk menempatkan wanita memakai niqab (penutup muka) di kawasan yang biasanya disediakan untuk murid sekolah yang membuat bising semasa melawat Parlimen.

Keputusan itu menjadi perdebatan hangat susulan isu keselamatan sejak kemunculan kumpulan militan Islamic State (IS).

Keputusan untuk mengasingkan kaum wanita yang memakai burqa itu telah dikutuk kumpulan hak asasi manusia dan diskriminasi kaum.

Pegawai Diskriminasi Kaum Tim Soutphommasane memberitahu Fairfax Media bahawa keputusan asal itu menunjukkan bahawa wanita Islam diberi layanan berbeza daripada wanita bukan Islam.

“Tiada siapa patut dilayan seperti warga negara kelas kedua, bukan di parlimen sekurangnya,” kata beliau.

Jabatan Perkhidmatan Parlimen berkata dalam satu kenyataan bahawa peraturan telah berubah dan semua pengunjung sekarang perlu "mengeluarkan sementara mana-mana penutup" yang menghalang dalam mengenalpasti ciri-ciri wajah seseorang.

"Ini akan membolehkan kakitangan keselamatan untuk mengenal pasti sesiapa sahaja yang mungkin telah dilarang untuk memasuki ke dalam bangunan itu atau yang mungkin boleh membawa ancaman kepada keselamatan," katanya.

"Apabila proses ini telah berlaku pengunjung bebas untuk bergerak dalam ruang awam di bangunan ini, termasuk semua galeri ruang, dengan penutup muka ".