Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Australia tawar 10,000 kerakyatan bagi pemegang pasport Hong Kong

Australia tawar 10,000 kerakyatan bagi pemegang pasport Hong Kong
Scott Morrison percaya dengan penguatkuasaan undang-undang keselamatan negara baharu di wilayah semi-autonomi itu, pasti ramai yang ingin mencari jalan keluar. - Gambar fail/AP
MELBOURNE: Kerajaan Australia menawarkan peluang kepada kira-kira 10,000 pemegang pasport Hong Kong di negara itu untuk memohon kerakyatan tetap sebaik penamatan tempoh visa.

Perdana Menteri, Scott Morrison percaya dengan penguatkuasaan undang-undang keselamatan negara baharu di wilayah semi-autonomi itu, pasti ramai yang ingin mencari jalan keluar.
Untuk itu, Morrison mengumumkan minggu lalu Australia menghentikan perjanjian ekstradisi dengan Hong Kong dan memperpanjang visa untuk penduduk Hong Kong dari dua hingga lima tahun.

Menurut Pemangku Menteri Imigresen Australia, Alan Tudge, dengan tawaran itu, ia dilihat dapat memberikan sedikit kelegaan kepada warga Hong Kong yang ingin mencari jalan untuk ke destinasi luar.
“Apa yang kita ketahui dari undang-undang keselamatan negara ini adalah bahawa ia mengubah keadaan di Hong Kong.

“Itu bererti bahawa kebanyakan pemegang pasport Hong Kong mungkin mencari tujuan destinasi lain dan disebabkan itu kami menawarkan pilihan visa tambahan.

“Kami memutuskan untuk menumpukan kepada bakat serius yang ada di Hong Kong dan perniagaan yang mempunyai ibu pejabat serantau mereka di Hong Kong.

“Alasannya adalah kerana kami tahu bahawa ramai warga Hong Kong akan mencari peluang untuk berpindah ke tempat lain di serata dunia dan kami ingin ambil sebilangan daripada mereka,” jelas Tudge dalam satu sesi temubual pada Ahad.

Langkah itu dibuat setelah China memintas Majlis Perundangan Hong Kong untuk menjatuhkan undang-undang keselamatan tanpa perundingan awam.

Pengkritik menganggapnya sebagai kemerosotan kebebasan bersuara yang dijanjikan kepada bekas jajahan Britain, sebagai tindak balas terhadap tunjuk perasaan besar-besaran tahun lalu yang menuntut demokrasi yang lebih luas.


Tag: Hong Kong, Australia, undang-undang, kerajaan, Perdana Menteri, visa, kerakyatan tetap, Scott Morrison



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.