awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bagaimana jika New York dihentam asteroid? Simulasi NASA dedah fakta mengerikan

Saraya Mia
Saraya Mia
20/05/2019
03:27 MYT
Bagaimana jika New York dihentam asteroid? Simulasi NASA dedah fakta mengerikan
Rekaan simulasi asteroid sebesar gergasi dengan pancaran 1,000 kali ganda lebih berkuasa berbanding bom nuklear di Hiroshima mampu memusnahkan seluruh Bandar New York.
Sekitar tahun 1998, dunia dipersembahkan dengan sebuah filem berkonsep malapetaka dahsyat berjudul "Armageddon".
Filem lakonan Bruce Willis itu memaparkan usaha beberapa individu yang ditugaskan untuk meletupkan asteroid gergasi daripada melanggar bumi.
Namun timbul masalah apabila asteroid yang diletupkan itu menghasilkan serpihan yang bakal menghentam bumi.
Filem yang dihasilkan hampir 20 tahun lalu itu sebenarnya memberi gambaran tentang kerisauan yang meningkat terhadap potensi kejadian itu berlaku.
Pakar daripada Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menjangkakan dunia bakal dihujani asteroid gergasi dengan kesan 1,000 kali lebih dahsyat berbanding bom nuklear di Hiroshima.
Kesan ledakan, menurut agensi itu, mampu memusnahkan seluruh bandar New York.
Bercakap kepada pemberita, Pentadbir NASA Jim Bridenstine berkata orang ramai perlu serius menerima pandangan bahawa kemungkinan asteroid melanggar bumi.
Tambahnya, risiko insiden itu berlaku memang nyata walaupun orang ramai sering menggambarkannya dengan gambaran dalam filem Hollywood.
Baru-baru ini, NASA melakukan satu simulasi mengerikan untuk melihat bagaimana ia dapat mengelak asteroid daripada melanggar bumi.
Situasinya sama seperti dalam filem "Armageddon" di mana walaupun asteroid berjaya dialih arah, namun serpihannya masih menuju ke bandar New York.
Walaupun kemungkinan ia berlaku adalah rendah, namun NASA perlu mengambil langkah awal ini melalui latihan bagi mengenal pasti tindakan yang perlu diambil jika ia benar-benar terjadi.
Cabarannya bagi pihak tertentu dalam usaha menyelamat 10 juta populasi penduduk di Bandar New York.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#asteroid
#bandar
#hiroshima
#kiamat
#NASA
#New York
#Simulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan