DUNIA
Bahana bilik darjah runtuh, tujuh murid maut

Pasukan keselamatan masih giat melakukan kerja-kerja menyelamat dan membersihkan sisa runtuhan di bilik darjah tersebut. Foto: REUTERS/Njeri Mwangi
Sekurang-kurangnya tujuh murid sekolah maut selepas sebuah bilik darjah runtuh di Nairobi, Kenya pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa, setakat ini 60 kanak-kanak lain dilaporkan cedera dan kini sedang dirawat di hospital.
Memetik laporan AP, kejadian itu berlaku di sekolah swasta, Akademi Previous Talent, Dagoretti.
Ia dilaporkan berlaku pada jam 7 pagi waktu tempatan sebaik sahaja murid-murid itu memulakan waktu persekolahan.
Pasukan keselamatan masih giat melakukan kerja-kerja menyelamat dan membersihkan sisa runtuhan di bilik darjah tersebut.

Pasukan keselamatan masih giat melakukan kerja-kerja menyelamat dan membersihkan sisa runtuhan di bilik darjah tersebut. Foto: Reuters

Pasukan keselamatan masih giat melakukan kerja-kerja menyelamat dan membersihkan sisa runtuhan di bilik darjah tersebut. Foto: Reuters
Bagaimanapun, jurucakap kerajaan masih belum mendedahkan punca berlakunya runtuhan tersebut dan pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan terperinci.
Lebih 800 murid dilaporkan berdaftar di sekolah tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami