awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahrain, Sudan turut putus hubungan diplomatik dengan Iran

Agensi
Agensi
05/01/2016
01:47 MYT
Bahrain, Sudan turut putus hubungan diplomatik dengan Iran
Rakyat dan pemerintah Iran menyifatkan hukuman yang dijalankan Arab Saudi itu menyalahi undang-undang antarabangsa dan kemarahan itu telah membawa kepada tindakan memprotes serta serangan di kedutaan Arab Saudi di Tehran. - Foto AFP
Selepas Arab Saudi dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran, Sudan mengambil langkah yang sama untuk mengakhiri sebarang pertalian dengan negara tersebut.
Pada Isnin Sudan melalui Kementerian Luarnya mengumumkan keputusan itu berikutan tindakan serbuan di Kedutaan Arab Saudi di Tehran dan bangunan konsulat lain.
“Sebagai tindak balas terhadap serangan di Kedutaan Arab Saudi di Tehran dan pejabat konsulatnya di Mashhad, kerajaan Sudan mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Republik Islam Iran dengan serta-merta,” kata kenyataan daripada kementerian itu pada Isnin.
Arab Saudi pada Ahad mengakhiri hubungan diplomatik dengan Iran berikutan serangan ke atas kedutaannya di Tehran selepas terjadi bantahan hukuman pancung terhadap ulama Syiah, Sheikh Nimr al-Nimr.
Rakyat dan pemerintah Iran menyifatkan hukuman itu menyalahi undang-undang antarabangsa dan kemarahan itu telah membawa kepada tindakan memprotes serta serangan di kedutaan Arab Saudi di Tehran.
Bahrain telah mengikut keputusan Arab Saudi sehari selepas kejadian dan kini negara-negara lain yang pro-Arab Saudi sedang menyemak semula hubungan mereka dengan Iran.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#hubungan diplomatik
#Iran
#putus hubungan
#Sudan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan