awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baitulmaqdis: Dua warga Palestin maut dalam tunjuk perasaan anti Israel

Agensi
Agensi
08/12/2017
22:00 MYT
Baitulmaqdis: Dua warga Palestin maut dalam tunjuk perasaan anti Israel
Mangsa pertama ditembak mati tentera Israel di sempadan Gaza ketika sedang menyertai protes. - REUTERS/Mohamad Torokman
Sekurang-kurangnya dua warga Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan tentera rejim zionis susulan keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Dalam masa yang sama 14 dilaporkan cedera dalam serangan udara rejim Yahudi di Semenanjung Gaza.
Mangsa pertama ditembak mati tentera Israel di sempadan Gaza ketika sedang menyertai protes.
Mangsa kedua, lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia dalam pertempuran di Semenanjung Gaza.
BACA: PBB kutuk keputusan Trump iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel
BACA: Protes Baitulmaqdis ragut nyawa pertama
Menurut Persatuan Bulan Sabit merah, lebih 80 warga Palestin cedera dalam protes di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang dihujani peluru dan gas pemedih mata.
Trump pada Khamis menjadi presiden pertama AS yang mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Keputusan itu menimbulkan kemarahan dunia termasuk Malaysia yang mahu negara itu mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia dilihat sebagai satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.
Selain itu, pemimpin Hamas, Ismail Haniya menyifatkan keputusan tersebut sebagai deklarasi perang terhadap rakyat Palestin serta panggilan 'intifada' atau pemberontakan.
Haniya dalam satu ucapan di Kota Gaza pada Khamis berkata pengiktirafan Trump itu 'membunuh' proses perdamaian Israel-Palestin.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Gaza
#Israel
#mangsa
#mati
#maut
#meninggal dunia
#protes
#serangan
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan