awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baitulmaqdis: Tentera Yahudi tembak mati 4 lagi penduduk Palestin

Agensi
Agensi
16/12/2017
02:01 MYT
Baitulmaqdis: Tentera Yahudi tembak mati 4 lagi penduduk Palestin
Tiga terkorban dalam pertempuran dengan tentera, manakala seorang lagi ditembak mati selepas dikatakan menikam seorang pegawai polis Israel. - REUTERS/Goran Tomasevic
Tentera rejim Zionis telah menembak mati empat warga Palestin dan mencederakan 150 orang lagi dalam pertempuran tunjuk perasaan susulan keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Kebanyakan yang terkorban berada di sempadan Gaza, di mana beribu penduduk Palestin berkumpul untuk mengecam sambil melemparkan batu kepada tentera Israel dari luar tembok.
Menurut pasukan perubatan, antara mereka yang terbunuh dalam protes yang memasuki minggu kedua itu, termasuk seorang penduduk berkerusi roda.
Tiga terkorban dalam pertempuran dengan tentera, manakala seorang lagi ditembak mati selepas dikatakan menikam seorang pegawai polis Israel.
Keputusan mengejutkan yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membangkitkan reaksi berbaur emosi dan kemarahan masyarakat dunia.
Pelbagai bantahan, tunjuk perasaan serta bantahan dilaungkan di seluruh dunia bagi membantah keputusan itu.
Sebelum ini, dua warga Palestin telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Zionis sementara dua pejuang Hamas turut terkorban dalam serangan udara di Semenanjung Gaza.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Baitulmaqdis
#Donald Trump
#Hamas
#Israel
#Palestin
#presiden as
#Semenanjung Gaza
#tentera Israel
#tentera Zionis
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan