Seorang lelaki meninggal dunia apabila punca kematiannya disebabkan memakan seekor cicak jenis gecko dalam satu permainan cabar mencabar di sebuah parti di Brisbane, Australia.

David Dowell, 34 tahun, maut selepas 10 hari kerana dijangkiti salmonella iaitu penyakit bakteria biasa yang menjejaskan saluran usus.

Kejadian berlaku pada sambutan Krismas tahun lalu dan sehari selepas kejadian, Dowell dilaporkan muntah dengan cairan berwarna hijau.

Teman wanitanya, Allira Bricknell berkata, dia tidak tahu punca sebenar kematian, tetapi laporan sijil kematian menyatakan disebabkan pencernaan cicak berkenaan.

“Dia seorang lelaki yang baik dan bapa yang hebat kepada tiga anak kami. Tolong jangan bermain permainan seperti ini lagi,” katanya kepada Brisbane Times.

Bakteria salmonella menyebabkan pesakit mengalami sakit perut, kejang perut dan demam.

Paru-paru Dowell turut dilaporkan dipenuhi cecair.