Pihak berkuasa Bali melaporkan peningkatan kes jangkitan tempatan COVID-19 di pulau itu terutamanya di Badung, Denpasar, Klungkung dan Tabanan.
Ia disebabkan, antaranya, oleh tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan penduduk berhubung protokol keselamatan dan kesihatan, kata Gabenor Bali I Wayan Koster.
Katanya lagi, dalam 25 kes baharu COVID-19 yang direkodkan di Bali pada Ahad, 24 merupakan kes jangkitan tempatan dengan hanya satu kes import.
“Kita perlu lebih berwaspada untuk mengelakkan penularan COVID-19 di Bali,” kata beliau menurut laporan portal Kompas.
Berdasarkan laporan pihak berkuasa, Bali mencatatkan 12 kes baharu pada Isnin, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif adalah 594 dengan lima kematian.
Susulan itu, aktiviti membabitkan perhimpunan beramai-ramai termasuk aktiviti tradisional dan keagamaan adalah dilarang.
Pusat-pusat tumpuan pelancong turut ditutup bagi mengekang penularan wabak itu.
Pada 1 Jun, Agensi Pelancongan Badung membenarkan dua pantai, Canggu dan Labuan Sait, dibuka kepada golongan peluncur asing.
Keputusan itu bagaimanapun ditarik balik keesokan harinya.
Meskipun pelbagai larangan dikuat kuasa, pelancong masih mengerumuni pantai Canggu minggu lepas.
Agensi
Tue Jun 09 2020
Pihak berkuasa Bali melaporkan peningkatan kes jangkitan tempatan COVID-19 di pulau itu. -Reuters
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Bali catat peningkatan kes COVID-19
Dalam 25 kes baharu COVID-19 yang direkodkan di Bali pada Ahad, 24 merupakan kes jangkitan tempatan dengan hanya satu kes import.