Banjir besar melanda ibu negara Ukraine selepas hujan lebat turun tanpa henti pada Ahad.

Kejadian ini turut menyebabkan gangguan lalu lintas di beberapa kawasan utama dan kerosakan banyak kemudahan awam.

Dilaporkan paras air mencecah ketinggian satu meter di beberapa kawasan dan menyebabkan beberapa kenderaan terperangkap di jalan raya.

Antara lain, sebuah pusat beli belah turut digenangi air dan menyebabkan ramai mangsa terperangkap.