Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa diterangi dengan pertunjukan LED sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut umat Islam seluruh dunia hari ini.

"Burj Khalifa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda dan orang tersayang," tulis ucapan pada video pertunjukan cahaya pada sisi bangunan tersebut.



Pihak berkuasa tempatan Dubai menggunakan pelbagai cara inovatif untuk merayakan dan memperingati Aidilfitri tahun ini di kala kebimbangan ancaman wabak COVID-19.

Awal bulan ini, Burj Khalifa bergabung dengan mercu tanda global lain dalam memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan yang bergelut memerangi penularan jangkitan koronavirus.