Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Banjir besar landa Ankara, Turki

Banjir besar landa Ankara, Turki
Menurut pihak berkuasa Turki, hujan lebat yang berlaku dalam tempoh sembilan minit itu menyebabkan banjir besar.
ANKARA: Banjir besar melanda daerah Mamak di Ankara, Turki menyaksikan beberapa buah kenderaan hanyut dibawa arus deras.

Menurut pihak berkuasa Turki, hujan lebat yang berlaku dalam tempoh sembilan minit itu menyebabkan banjir besar.

Sebelum itu hujan lebat tersebut dijangka membasahi bumi Ankara selama tiga jam namun ia berlaku dalam tempoh pantas.

Pihak kementerian buruh dan keselamatan sosial di sana setakat ini mengesahkan empat orang alami kecederaan manakala 160 buah kenderaan dilaporkan rosak dan turut menjejaskan 25 premis perniagaan.
Usaha menilai kerosakkan kini giat dijalankan pihak berkuasa Turki.