Jumlah korban akibat banjir selama tiga minggu di selatan Thailand, disifatkan pihak berkuasa sebagai paling buruk dalam masa 50 tahun, mencapai 80 orang, kata Jabatan Pencegahan dan Kawalan Bencana.
Pengarahnya, Chatchai Promlert berkata empat mangsa masih hilang, manakala kira-kira 1.72 juta penduduk dari 12 wilayah terjejas oleh bencana alam itu.
"Wilayah Nakhon Si Thammarat mencatat jumlah kematian paling tinggi iaitu 23, diikuti Surat Thani (15), Phattalung (11) dan Songkla (lapan)," katanya di sini hari ini.
Lima orang maut, masing-masing di Prachuab Kiri Khan dan Pattani, manakala jumlah kematian di Narathiwat kekal tiga, Krabi (tiga), Chumphon (tiga), Trang (tiga) dan Yala (satu).
Sementara itu, Jabatan Meteorologi memberi amaran bahawa selatan Thailand akan mengalami hujan lebat beberapa hari akan datang berikutan tiupan angin Monsun Timur Laut, yang boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
Antara wilayah yang dijangka terjejas akibat musim hujan kali kedua ini ialah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phattalung, Songkla, Pattani, Yala dan Narathiwat.
"Orang ramai perlu berwaspada dengan keadaan buruk dan kemungkinan berlaku banjir kilat. Mereka yang tinggal di kawasan mudah mengalami tanah runtuh perlu berhati-hati dan sentiasa mengikuti maklumat terkini tentang cuaca," kata ketua pengarah jabatan itu Wanchai Sakudomchai.
Jabatan itu juga memberi amaran tentang keadaan laut yang berombak setinggi antara dua hingga tiga meter di Telok Siam, yang berbahaya kepada bot kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2017
Jumlah korban akibat banjir selama tiga minggu di selatan Thailand, disifatkan pihak berkuasa sebagai paling buruk dalam masa 50 tahun. - fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Banjir tiga minggu di selatan Thailand ragut 80 nyawa
Jumlah korban akibat banjir selama tiga minggu di selatan Thailand, disifatkan pihak berkuasa sebagai paling buruk dalam masa 50 tahun, mencapai 80 orang, kata Jabatan Pencegahan dan Kawalan Bencana.