Seorang bapa hilang pertimbangan apabila menampar anak lelakinya dengan kuat sehingga mangsa mengalami kecederaan parah.

Tamparan kuat itu menyebabkan mata kiri mangsa tersembul keluar daripada soket mata.

Perbuatan kejam itu dilaporkan berlaku di Tlaxiaco di negeri Oaxaca, Mexico.

Susulan itu, ibu mangsa membawa kanak-kanak terbabit ke sebuah hospital di pusat bandar Tlaxiaco, namun gagal menerima rawatan sewajarnya kerana kemudahan tersebut kekurangan doktor pakar.

Sementara itu, media tempatan melaporkan kanak-kanak berusia dua tahun itu berisiko kehilangan penglihatan.

Siasatan pihak berkuasa mendapati kejadian menimpa budak lelaki itu berlaku kira-kira sebulan lalu.

Impak akibat tamparan kuat itu menyebabkan mata mangsa mengalami trauma periorbicular sehingga matanya membengkak dan tersembul daripada soket mata.

"Sebelum kejadian, ibu mangsa ada memberitahu bahawa terdapat bintik putih seakan-akan jerawat pada mata kiri anaknya.

"Namun selepas ditampar bapanya, bahagian mata kiri kanak-kanak terbabit mula membengkak dan matanya tersembul keluar.

"Kami percaya ada tumor pada bahagian matanya dan impak tamparan tersebut memburukkan lagi situasi kanak-kanak terbabit," kata jurucakap hospital.

Laporan polis telah dibuat namun tidak diketahui sama ada suspek sudah diberkas atau tidak. - Agensi