Seorang lelaki yang mengiklankan anak perempuannya yang berusia 4 tahun untuk seks di laman Craigslist dijatuhi hukuman 60 tahun penjara.

Andrew James Turley dari Wisconsin Amerika Syarikat dijatuhi hukuman itu Jumaat lalu selepas didapati bersalah oleh mahkamah Texas atas kesalahan pemerdagangan kanak-kanak dan cubaan melacurkan anak di bawah umur.

Hukuman dijatuhkan selepas tindakan Turley itu dikesan oleh anggota polis.

Iklan itu antara lain memaparkan kenyataan “Play with Daddie's Little Girl."

Anak malang itu digambarkan sebagai berusia “tidak lebih dari 10 tahun” dan dia juga sedang menghubungi pelanggan berpotensi menerusi talian.

Dia dikatakan memaklumkan kepada mereka akan memberikan ubat tidur dan dikenakan caj sebanyak AS$1,000 untuk khidmat selama dua jam.

Namun niat jahatnya terbongkar apabila salah seorang daripada pelanggannya adalah anggota polis yang sedang menyamar.

Dia kemudiannya ditahan pada November 2015.

Ketika diserbu, anak perempuannya itu ditemui tidak bergerak dan berbogel di dalam selimut.

Ibu kanak-kanak itu tidak didakwa atas alasan dia tidak mengetahui perbuatan suaminya itu.

Turley kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 30 tahun terhadap setiap satu terhadap dua pendakwaan.