awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
Gaza perlukan 200,000 unit rumah pasang siap penuhi keperluan kemanusiaan
Wanita warga emas kerugian lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas bawa pelajar terjunam dalam tasik, 21 maut

Agensi
Agensi
08/07/2020
01:43 MYT
Bas bawa pelajar terjunam dalam tasik, 21 maut
Berdasarkan rakaman, bas tersebut dilihat memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh pagar penghadang dan meluncur masuk ke dalam Tasik Hongshan di wilayah Guizhou. - Gambar AP
Sekurang-kurangnya 21 maut selepas sebuah bas yang membawa pelajar terjunam ke dalam sebuah tasik di barat daya China.
Berdasarkan rakaman CCTV, bas tersebut dilihat memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh pagar penghadang dan meluncur masuk ke dalam Tasik Hongshan di wilayah Guizhou.
Kemalangan turut menyebabkan 15 lagi pelajar yang berada dalam bas itu mengalami kecederaan, lapor AFP.
Pihak berkuasa dalam satu laporan mengesahkan bas tersebut sudah ditarik keluar dari tasik selepas semua pelajar yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Difahamkan kenderaan itu membawa pelajar sekolah menengah yang akan mengambil peperiksaan “gaokao”.
Jumlah kematian masih belum dapat disahkan secara rasmi berikutan jumlah mangsa yang masih belum ditemukan.
Media sosial di China menzahirkan rasa simpati di atas insiden menimpa pelajar di dalam bas tersebut.
“Saya harap jumlah kematian tidak meningkat.
"2020 benar-benar merupakan tahun penuh bencana dan kesukaran,” kata seorang pengguna media sosial.
Lebih 200 penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa termasuk 55 penyelam profesional.
Topic Berkaitan
#bas
#cedera
#China
#Hospital
#mangsa
#maut
#Media
#media sosial
#operasi
#pelajar
#peperiksaan
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan